Ejen Hartanah Disaman dan Digantung

Di bawah Standard Ejen Hartanah Malaysia (MEAS), Ejen Hartanah Berdafar (REA) dan Perunding Hartanah (REN) dikehendaki menjalankan tugas mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati. Mereka juga tidak boleh melakukan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan nama baik atau membawa reputasi buruk kepada industri agensi hartanah.

Selain itu, REA dan REN bertanggungjawab membantu mencegah aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Mengikut Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta 1981 (Akta 242) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), REN wajib melaksanakan langkah-langkah usaha wajar pelanggan (CDD) serta melaporkan sebarang transaksi atau aktiviti mencurigakan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kes ini, Ahmad bin Abdullah (‘Ahmad’), seorang REN yang berdaftar dengan QIQ Realty Sdn Bhd, didapati melakukan beberapa pelanggaran serius yang melibatkan MEAS, Akta 242, dan Akta 613. Kesalahan beliau termasuk salah mengira anggaran hasil tunai untuk penjualan pangsapuri servis D’CeriaZ, memalsukan tandatangan pelanggan pada Borang Butiran Pelanggan, dan gagal melaksanakan langkah-langkah CDD yang ditetapkan.

Latar Belakang Kes

Sepasang bekas suami isteri, Puan Y dan Encik X, melantik Ahmad untuk memasarkan pangsapuri servis D’CeriaZ mereka. Puan Y merancang untuk membeli pangsapuri lebih kecil menggunakan hasil tunai daripada penjualan tersebut, manakala Encik X, yang sedang menganggur dan berhutang, juga memerlukan wang tunai. Mereka memaklumkan keperluan ini kepada Ahmad semasa melantiknya sebagai REN mereka.

Salah Kiraan Anggaran Hasil Tunai

Puan Y meminta Ahmad mengira anggaran hasil tunai jika pangsapuri servis D’CeriaZ dijual pada harga RM630,000. Ahmad hanya bergantung pada tangkapan skrin aplikasi mudah alih Bank Kewajipan Kita (BKK) milik Puan Y, yang menunjukkan jumlah pinjaman yang digunakan untuk membeli pangsapuri servis tersebut. Beliau tersalah anggap bahawa jumlah ini merangkumi faedah terakru, yuran guaman, dan yuran setem, serta akan dikembalikan sepenuhnya ke akaun bank mereka. Akibatnya, Ahmad memberikan anggaran hasil tunai yang salah kepada Puan Y. Beliau tidak menyemak akaun bank Encik X atau mengesahkan andaiannya dengan bank.

Memalsukan Tandatangan Pelanggan

Ahmad berjaya mendapatkan pembeli yang menandatangani Offer To Purchase (OTP) untuk pangsapuri servis D’CeriaZ tersebut. Di bawah AMLA, beliau dikehendaki mengisi Borang Butiran Pelanggan dan mendapatkan pengakuan bertulis daripada pelanggan bahawa maklumat yang direkodkan adalah tepat. Namun, Ahmad mengisi borang tersebut tanpa kebenaran atau pengetahuan pelanggan dan memalsukan tandatangan Puan Y.

Pelanggaran Berkaitan Borang Butiran Pelanggan dan Perjanjian Agensi Hartanah

Ahmad gagal mendapatkan pengakuan bertulis daripada pelanggan mengenai ketepatan maklumat dalam Borang Butiran Pelanggan, menyebabkan maklumat pekerjaan Puan Y direkodkan secara salah. Beliau juga membenarkan Puan Y menandatangani perjanjian agensi hartanah bagi pihak Encik X tanpa bukti dokumentasi yang mengesahkan kuasa Puan Y untuk berbuat demikian.

Salah Laku Terbongkar

Selepas OTP dilaksanakan, peguam hartanah memaklumkan Puan Y dan Encik X bahawa mereka tidak akan menerima sebarang hasil tunai, sebaliknya perlu membayar RM17,284.50 untuk menampung bayaran balik bank dan yuran guaman. Ahmad cuba membetulkan kesilapan dengan melepaskan komisennya dan membayar sebahagian bayaran balik bank dan yuran guaman mereka, tetapi Puan Y masih perlu membayar baki RM3,109.50 kepada bank. Akibatnya, Puan Y terpaksa membatalkan rancangan membeli pangsapuri baru.

Hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib LPPEH

Ahmad mengaku bersalah atas tiga pertuduhan utama, dengan lima pertuduhan tambahan diambil kira dalam penjatuhan hukuman. Jawatankuasa Tatatertib Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH) mendendanya RM15,000 dan menggantung lesennya selama 9 bulan atas pelanggaran berikut:

  • Gagal menjalankan tugas dengan usaha wajar dan berhati-hati kerana salah mengira anggaran hasil tunai.
  • Bertindak tidak jujur dengan memalsukan tandatangan Puan Y pada Borang Butiran Pelanggan, membawa reputasi buruk kepada industri.
  • Gagal melaksanakan langkah CDD, termasuk tidak mendapatkan pengakuan bertulis Puan Y dan bukti kuasa Puan Y bertindak bagi pihak Encik X.
Pertuduhan Tambahan yang Diambil Kira:
  1. Mencadangkan Puan Y untuk menerima tawaran pembeli untuk ‘mark up’ harga jualan secara tidak jujur untuk mendapatkan pinjaman bank yang tinggi.
  2. Memalsukan tarikh OTP.
  3. Gagal memberikan salinan perjanjian agensi hartanah kepada Puan Y dengan segera.
  4. Memalsukan tandatangan Encik X pada Borang Butiran Pelanggan.
  5. Gagal mengesahkan identiti Encik X dan mendapatkan pengakuan bertulisnya.

Kes ini diadaptasi daripada kes sebenar dari negara jiran


Mortgage Calculator

Use the calculator to get the monthly commitment estimate for the mortgage amount. For exact figures, go to your banker.

calculator

I can help you

  • buy, sell and rent properties
  • get the estimate value of the property of your interest
  • introduce lawyer to facilitate documentations and transactions
  • introduce bankers to facilitate financing
  • professional consultation

So, if you’d like to have a chat with me regarding any of the above, please use the “chat button” (bottom left). You can reach me directly via WhatsApp or Telegram. Thank you!

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Get started with your account

to save your favourite homes and more

Sign up with email

Get started with your account

to save your favourite homes and more

By clicking the «SIGN UP» button you agree to the Terms of Use and Privacy Policy
Powered by Estatik