Tiada orang tidak diberi kuasa boleh bertindak sebagai peguam bela dan peguam cara
- (1) Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang—
(a) bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau ejen bagi mana-mana pihak kepada prosiding atau atas apa-apa sifat, selain sebagai suatu pihak kepada suatu tindakan yang baginya dia sendiri suatu pihak, memohon serta mendapatkan apa-apa writ, saman atau proses, atau memulakan, meneruskan, memujuk rayu atau membela apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain atas nama mana-mana orang lain dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia atau membuat atau menyediakan apa-apa surat cara yang berhubungan dengan apa-apa prosiding dalam mana-mana Mahkamah itu; atau
(b) bersengaja atau secara palsu berpura-pura, atau mengambil atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihal yang membayangkan bahawa dia berkelayakan atau diberi kuasa dengan sempurna untuk bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau bahawa dia diiktiraf oleh undang-undang sebagai berkelayakan atau diberi kuasa sedemikian,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan (2A), mana-mana orang tidak diberi kuasa yang sama ada secara langsung atau secara tidak langsung—
(a) membuat atau menyediakan apa-apa dokumen atau surat cara yang berhubungan dengan apa-apa harta tak alih atau yang berhubungan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau apa-apa amanah; atau
(b) mengambil arahan untuk atau membuat atau menyediakan apa-apa dokumen untuk mengasaskan atau menentang suatu pemberian probet atau surat kuasa mentadbir; atau
(c) membuat atau menyediakan apa-apa dokumen atau surat cara yang berhubungan dengan memperbadankan atau menubuhkan suatu syarikat berhad; atau
(d) bagi pihak suatu pihak menuntut atau seorang yang mengatakan dirinya sebagai mempunyai tuntutan atas suatu hak di sisi undang-undang menulis, menyiarkan atau menghantar suatu surat atau notis yang mengugut hendak mengambil prosiding undang-undang selain suatu surat atau notis menyatakan bahawa perkara itu akan diserahkan kepada seorang peguam bela dan peguam cara bagi prosiding undang-undang; atau
(e) memujuk rayu hak untuk berunding, atau berunding dengan apa-apa cara pun bagi penyelesaian, atau menyelesaikan, apa-apa tuntutan yang terbit daripada kecederaan diri atau kematian dan yang berasaskan hak di sisi undang-undang atau selainnya,
melainkan jika dia membuktikan bahawa perbuatan itu telah dilakukan bukan untuk atau dengan harapan untuk mendapat apa-apa fi, keuntungan atau hadiah, melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen ini.
(2A) Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang melakukan atau memujuk rayu hak untuk melakukan apa-apa perbuatan yang lazimnya dalam fungsi atau tanggungjawab seorang peguam bela dan peguam cara, termasuklah tetapi tidak terhad kepada memberikan nasihat tentang undang-undang, sama ada undang-undang Malaysia atau selainnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa perbuatan itu telah dilakukan bukan untuk atau dengan harapan untuk mendapat apa-apa fi, keuntungan atau hadiah, melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen ini.
(4) Tiap-tiap orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), (2A) atau (3) boleh, apabila disabitkan, bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau jika tidak membayarnya dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(6) Jika mana-mana firma melakukan suatu perbuatan yang jika dilakukan oleh seseorang akan menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) tiap-tiap anggota firma itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa dia tidak tahu tentang perbuatan itu dilakukan.
Tiada kos boleh dibayar kepada orang tidak diberi kuasa
- (1) Tiada kos berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang tidak diberi kuasa sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 37 atau 39 boleh dituntut oleh mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, guaman atau perkara.
(2) Apa-apa pembayaran kepada seseorang tidak diberi kuasa bagi apa-apa jua yang dilakukan yang ialah suatu kesalahan di bawah seksyen 37 atau 39 boleh dituntut di dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa oleh orang yang telah membayar wang itu.
Model cerita berkaitan Seksyen terlibat yang berkaitan dengan perjanjian rumah sewa. Cerita Rumah Sewa: Normalisasi Perjanjian Sewa
One response to “Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166)”
[…] Cerita ini menjadi pengajaran kepada ramai perunding hartanah bahawa melanggar batas profesion boleh membawa akibat berat. Rujuk Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166) […]