AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH 1981 (ACT 242) – SEBAGAIMANA PADA 1 JANUARI 2006

Amalan perejenan harta tanah

22B. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang ejen harta tanah berdaftar yang telah dikeluarkan suatu kuasa untuk menjalankan amalan oleh Lembaga adalah berhak mengamalkan profesionnya dan dibenarkan untuk mengusahakan amalan perejenan harta tanah.

(1A) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada ejen harta tanah berdaftar boleh menjalankan pengurusan harta.

(2) Walau apa pun subseksyen (1A), Lembaga boleh membenarkan ejen harta tanah berdaftar menjalankan pengurusan—

(a) jika dia dibenarkan berbuat demikian sebelum subseksyen (1A) mula berkuat kuasa; dan

(b) tertakluk kepada syarat dan sekatan yang sama yang dikenakan oleh Lembaga ke atasnya sebelum subseksyen (1A) mula berkuat kuasa.

Sekatan ke atas amalan perejenan harta tanah

22C. (1) Tiada seorang pun boleh melainkan jika dia seorang ejen harta tanah berdaftar dan kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan di bawah seksyen 16—

(a) menjalankan amalan atau menjalankan perniagaan atau bekerja dengan apa jua nama, stail atau gelaran yang mengandungi perkataan “Ejen Harta Tanah”, “Ejen Perumahan”, “Ejen Harta”, “Ejen Tanah”, “Broker Rumah” atau apa-apa perkataan lain yang seerti dengannya, dalam apa-apa bahasa atau mengandungi apa jua perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh dengan semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan erti bahawa dia adalah seorang ejen harta tanah berdaftar atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan perejenan harta tanah;

(aa) menjalankan perniagaan atau bekerja sebagai seorang ejen harta tanah;

(b) mempamerkan apa-apa papan tanda atau poster, atau menggunakan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa kad, surat, risalah, lembaran, notis atau apa-apa bentuk iklan, yang membayangkan sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia merupakan seorang ejen harta tanah berdaftar atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan perejenan harta tanah;

(ba) menawarkan untuk jualan atau mempelawa tawaran untuk membeli apa-apa tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya tidak kira sama ada tanah, bangunan dan kepentingan itu terletak di dalam Malaysia atau di luar Malaysia:

Dengan syarat bahawa jika harta asing hendak dipasarkan di Malaysia, tawaran atau pelawaan itu hendaklah dibuat oleh atau melalui seorang ejen harta tanah yang menjalankan amalan dan bermastautin di Malaysia bagi pihak seseorang prinsipal atau seseorang ejen harta tanah yang menjalankan amalan atau bermastautin di luar Malaysia;

(c) mengusahakan mana-mana kerja yang dinyatakan dalam seksyen 22B; atau

(d) berhak menuntut dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, komisen, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberi sebagai seorang ejen harta tanah.

(2) Walau apa pun subseksyen (1)—

(a) seseorang pemunya mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya boleh menjual atau menyewa atau menawarkan untuk menjual atau menyewa tanah, bangunan dan kepentingan itu;

(b) seseorang pelelong berlesen boleh menjual atau menawarkan untuk menjual mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya melalui lelongan awam; dan

(c) seseorang pemegang surat kuasa wakil berkenaan dengan mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya yang bertindak dengan percuma dan tanpa komisen, fi, upah atau balasan lain, boleh menjual, membeli atau menyewa, atau menawarkan untuk menjual, membeli atau menyewa, tanah, bangunan dan kepentingan itu.


Mortgage Calculator

Use the calculator to get the monthly commitment estimate for the mortgage amount. For exact figures, go to your banker.

calculator

I can help you

  • buy, sell and rent properties
  • get the estimate value of the property of your interest
  • introduce lawyer to facilitate documentations and transactions
  • introduce bankers to facilitate financing
  • professional consultation

So, if you’d like to have a chat with me regarding any of the above, please use the “chat button” (bottom left). You can reach me directly via WhatsApp or Telegram. Thank you!

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Get started with your account

to save your favourite homes and more

Sign up with email

Get started with your account

to save your favourite homes and more

By clicking the «SIGN UP» button you agree to the Terms of Use and Privacy Policy
Powered by Estatik