TIPS Ejen Hartanah

‘Duty of Care’ sebagai Ejen Hartanah

Untuk terus berkembang menjadi ejen profesional, kita perlu mengetahui sama ada setiap ejen mempunyai tanggungjawab undang-undang ketika berurusan dengan klien—Ya, mereka ada, di bawah tanggungjawab fidusiari mereka! ‘Duty of Care’ adalah salah satu kewajiban tersebut: Ia adalah kewajiban undang-undang yang dikenakan kepada seorang pengamal profesional dan boleh digambarkan sebagai tanggungjawab individu untuk tidak memudaratkan orang lain melalui kecuaian.

Contoh ‘duty of care’ seorang ejen dalam melaksanakan kerja mereka dengan penuh kemahiran dan teliti. Ini termasuk:

  • Mendedahkan maklumat tepat: Ejen mesti mendedahkan maklumat yang relevan kepada klien mereka, seperti potensi konflik kepentingan atau hal-hal berkaitan transaksi.
  • Menguruskan wang: Ejen mesti bertanggungjawab terhadap sebarang wang atau harta yang dimiliki oleh klien yang diamanahkan kepada mereka.
  • Menyusun lawatan: Ejen harus mencadangkan lawatan yang memenuhi keperluan klien mereka.
  • Memberi nasihat mengenai terma tambahan: Ejen harus memberi nasihat kepada klien mengenai terma tambahan yang boleh dimasukkan ke dalam kontrak.
  • Mematuhi undang-undang: Ejen mesti mematuhi semua undang-undang yang berkaitan, termasuk tidak diskriminasi berdasarkan kaum atau jantina.

Jika seorang ejen gagal melaksanakan ‘duty of care’ mereka dan menyebabkan kemudaratan kepada klien, mereka boleh dipertanggungjawabkan atas kecuaian.

The National Association of REALTORS® telah mencipta akronim “OLD CAR” untuk membantu ejen hartanah mengingati titik utama tanggungjawab fidusiari mereka:

  • OObedience (Kepatuhan)
  • LLoyalty (Kesetiaan)
  • DDisclosure (Pendedahan)
  • CConfidentiality (Kerahsiaan)
  • AAccounting (Pengurusan)
  • RReasonable Care and Diligence (Berhati-hati dan Berdedikasi)

Istilah

  • Perjanjian Bersyarat:Ini adalah di mana pihak-pihak telah menetapkan syarat dalam jualan atau penyewaan hartanah. cth.,
    (i) Pemilik menetapkan syarat bahawa yuran hanya boleh dikutip selepas pemindahan hak milik atau
    (ii) tertakluk kepada kelulusan FIC dan bukan dalam SPA.
  • Klien: Merujuk kepada penjual atau pembeli yang melantik/mengupah firma untuk memasarkan hartanya [penjual] atau dalam kes [pembeli] untuk mencari hartanah baginya. Kita tidak dibenarkan mewakili dua pihak dalam transaksi yang sama.
  • Mandat: atau arahan yang diberikan kepada firma hartanah untuk menjual/menyewa, termasuk terma jualan/penyewaan.


Mortgage Calculator

Use the calculator to get the monthly commitment estimate for the mortgage amount. For exact figures, go to your banker.

calculator

I can help you

  • buy, sell and rent properties
  • get the estimate value of the property of your interest
  • introduce lawyer to facilitate documentations and transactions
  • introduce bankers to facilitate financing
  • professional consultation

So, if you’d like to have a chat with me regarding any of the above, please use the “chat button” (bottom left). You can reach me directly via WhatsApp or Telegram. Thank you!

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Get started with your account

to save your favourite homes and more

Sign up with email

Get started with your account

to save your favourite homes and more

By clicking the «SIGN UP» button you agree to the Terms of Use and Privacy Policy
Powered by Estatik